Event berprestij besar-besaran yang dianjurkan setiap tahun di Rumah Hutan Terapi Alam. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan dan booth jualan dengan harga paling runtuh bagi menghargai follower, pengguna produk JRM dan Rumah Hutan.
Bonda Fiesta Vaganza pada tahun ini akan diadakan pada 1 sehingga 2 Oktober 2022 (Sabtu & Ahad) dan ianya adalah event kali kedua dianjurkan. Bonda Fiesta Vaganza kali pertamanya berjaya diadakan pada tahun 2019. Namun, Bonda Fiesta Vaganza terpaksa ditunda pada tahun berikutnya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Setelah 2 tahun, Bonda Fiesta Vaganza pada tahun ini akan diadakan dengan meriah dan pelbagai aktiviti-aktiviti yang pastinya membuatkan anda tidak menyesal untuk datang.
Menariknya, pelbagai promosi pakej, potongan harga diskaun sehingga 50 % untuk pakej penginapan, potongan diskaun untuk pakej urutan, produk-produk JRM, produk De’Ratu termasuk juga booth yang menjual makanan-makanan signature, berkonsepkan kemelayuan, barat dan fusion seperti Warung Bonda, Istana Ratu dan Barista Café.